SYARIKAT SEIKO EPSON
PERJANJIAN PERLESENAN PERISIAN
PENTING! BACA PERJANJIAN PELESENAN PERNIAGAAN INI DENGAN TELITI. Produk perisian komputer, perkakasan taip, muka taip dan/atau data, termasuk sebarang bahan penerangan bertulis yang dilampirkan (“Perisian”) hanya boleh dipasang dan digunakan oleh Pemegang Lesen (“anda”) dengan syarat anda bersetuju dengan SYARIKAT SEIKO EPSON (“EPSON”) mengenai terma dan syarat yang ditetapkan dalam Perjanjian ini. Dengan memasang atau menggunakan Perisian ini, anda memberi pernyataan untuk bersetuju dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan dalam Perjanjian ini. Anda perlu membaca Perjanjian ini dengan teliti sebelum memasang atau menggunakan Perisian ini. Jika anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat Perjanjian ini, anda tidak dibenarkan memasang atau menggunakan Perisian ini.
1. Lesen. EPSON dan pembekalnya mengizinkan anda lesen terhad yang peribadi, tidak eksklusif, bebas royalti, dan tidak boleh disublesen untuk memasang dan menggunakan Perisian pada mana-mana satu komputer atau komputer-komputer yang anda ingin gunakan secara langsung atau menerusi rangkaian.
Anda boleh membenarkan pengguna komputer lain yang bersambung dengan rangkaian untuk menggunakan Perisian, dengan syarat anda (a) memastikan semua pengguna bersetuju dan mematuhi terma dan syarat Perjanjian ini, (b) memastikan yang semua pengguna tersebut menggunakan Perisian hanya berhubung komputer tersebut dan berkaitan dengan rangkaian yang mereka duduki, dan (c) melindungi dan memastikan kesemua EPSON dan pembekalnya daripada semua kerosakan, kerugian, kos, perbelanjaan dan liabiliti yang mungkin dihadapi EPSON dan pembekalnya akibat pengguna tersebut gagal memerhati dan menjalankan terma dan syarat Perjanjian. Anda juga boleh membuat salinan Perisian seperti dikehendaki untuk tujuan sandaran dan mengarkib, dengan syarat notis hakcipta diterbitkan semula sepenuhnya dalam salinan sandaran. Istilah "Perisian" adalah termasuk komponen perisian, media, semua salinan yang dibuat oleh anda dan sebarang peningkatan, versi ubahsuai, kemas kini, tambahan dan salinan Peisian yang dilesenkan oleh nada kepada EPSON atau pembekalnya. EPSON dan pembekalnya mempunyai semua hak yang tidak dipenuhi di sini.
2. Hak dan Had Lain. Anda bersetuju untuk tidak mengubahsuai, mengadaptasi, atau menterjemah Perisian ini. Anda juga bersetuju tidak cuba membina balik, menyahkompilasi, menceraikan atau selain itu cuba untuk mendapatkan kod sumber bagi Perisian. Anda tidak boleh berkongsi, menyewa, memajak, menghalang, mensublesen atau meminjamkan Perisian ini. Walau bagaimanapun, anda boleh memindah semua hak anda untuk menggunakan Perisian kepada orang atau entiti sah lain dengan syarat anda memindahkan Perjanjian ini, Perisian ini, termasuk semua salinan, kemas kini dan versi awal, kepada orang atau entiti tersebut, dan anda tidak mengekalkan sebarang salinan, termasuk salinan yang disimpan dalam komputer. Walaupun begitu, beberapa negeri atau kawasan tidak membenarkan sekatan atau pengehadan berkenaan pemindahan Perisian, oleh itu had di atas mungkin tidak tertakluk kepada anda.
3. Pemilikan. Hak milik, hak pemilikan, dan hak harta intelek dalam dan kepada Perisian dan sebarang salinannya akan kekal dengan EPSON atau pembekalnya. Tidak terdapatnya pemindahan kepada anda mana-mana hak milik kepada atau pemilikan Perisian dan Lesen ini tidak boleh ditafsirkan sebagai penjualan sebarang hak dalam Perisian. Perisian ini dilindungi oleh Undang-undang Hakcipta Jepun dan perjanjian hakcipta antarabangsa, juga bagi semua undang-undang dan perjanjian hak hartaintelek. Kecuali seperti yang disediakan dalam Perjanjian ini, anda tidak boleh menyalin Perisian ini. Anda juga bersetuju untuk tidak membuang atau mengubah sebarang notis hakcipta atau mana-mana notis pemilikan pada mana-mana salinan Perisian.
4. Perlindungan dan Keselamatan. Anda bersetuju menggunakan usaha terbaik anda dan mengambil semua langkah berpatutan untuk menjaga Perisian untuk memastikan tidak ada orang yang tidak dibenarkan mempunyai akses kepadanya dan tiada salinan tidak sah, terbitan, pendedahan, atau pengedaran bagi mana-mana Perisian dibuat. Anda mengesahi bahawa Perisian mempunyai maklumat bernilai, sulit dan rahsia perniagaan, bahawa penggunaan dan salinan haram adalah berbahaya kepada EPSON dan pembekalnya, dan bahawa anda mempunyai tanggungjawab merahsiakan maklumat bernilai dan rahsia perniagaan tersebut.
5. Waranti Terhad. Dalam kes anda menerima Perisian daripada media dari EPSON atau peniaga, EPSON mewajarkan bahawa media di mana Perisian direkodkan adalah bebas kecacatan dari segi pertukangan dan bahan di bawah penggunaan normal dalam tempoh 90 hari dari tarikh dihantar kepada anda. Jika media dipulangkan kepada EPSON atau peniaga di mana media diterima dalam 90 hari dari tarikh penghantaran kepada anda, dan jika EPSON mengesahkan media itu cacat dan dengan syarat media tidak disalahguna, disalah aplikasikan, atau digunakan dalam peralatan yang cacat, EPSON akan menggantikan media, sebaik sahaja Perisian dikembalikan kepada EPSON, termasuk semua salinan bagi sebarang bahagian darinya. SEMUA WARANTI TERSIRAT PADA MEDIA, TERMASUK WARANTI TERSIRAT BAGI KEBOLEHDAGANGAN DAN KETAHANAN UNTUK FUNGSI TERTENTU, ADALAH TERHAD PADA TEMPOH WARANTI SEPERTI YANG DINYATAKAN DI ATAS. Sesetengah negeri atau kawasan tidak membenarkan pengecualian waranti tersirat, pengehadan liabiliti atau pengehadan selama mana waranti tersirat akan bertahan, jadi pengehadan di atas tidak tertakluk pada anda. Waranti ini memberikan anda hak undang-undang khusus. Anda boleh mempunyai hak lain yang mungkin berbeza dari negeri ke negeri atau kawasan ke kawasan.
Anda mengesahkan dan bersetuju bahawa penggunaan Perisian pada risiko anda sendiri. PERISIAN INI DISEDIAKAN “SEDIA ADA” DAN TANPA SEBARANG APA JENIS WARANTI PUN. EPSON DAN PEMBEKALNYA TIDAK BOLEH DAN TIDAK AKAN MENJAMIN PRESTASI DAN HASIL YANG ANDA AKAN DAPAT DENGAN PENGGUNAAN PERISIAN TERSEBUT. APA YANG DISEBUT DI ATAS MENYATAKAN CARA MEMULIH DAN EKSKLUSIF YANG TUNGGAL BAGI PERLANGGARAN WARANTI UNTUK EPSON DAN PEMBEKALNYA. KECUALI BAGI WARANTI TERHAD YANG DISEBUT DI ATAS, EPSON DAN PEMBEKALNYA TIDAK MEMBUAT SEBARANG WARANTI, JELAS ATAU TERSIRAT, JUGA KEPADA KETIDAKLANGGARAN, KEBOLEHDAGANGAN ATAU KETAHANAN UNTUK FUNGSI TERTENTU. Sesetengah negeri atau kawasan tidak membenarkan pengecualian waranti tersirat atau pengehadan selama mana waranti tersirat akan bertahan, jadi pengehadan di atas mungkin tidak tertakluk kepada anda. Waranti ini memberikan anda hak undang-undang khusus. Anda boleh mempunyai hak lain yang mungkin berbeza dari negeri ke negeri atau kawasan ke kawasan.
EPSON ATAU PEMBEKALNYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ANDA DALAM APA-APA KEADAAN PUN, SAMA ADA MUNCUL DI BAWAH KONTRAK, TORT(TERMASUK KECUAIAN), LIABILITI KETAT, PENCABULAN ATAU WARANTI, SALAH WAKILAN ATAU SEBALIKNYA, UNTUK SEBARANG KEROSAKAN LANGSUNG, AKIBAT, SAMPINGAN ATAU KEROSAKAN KHAS, TERMASUK SEBARANG KEHILANGAN UNTUNG ATAU KEHILANGAN SIMPANAN, WALAUPUN JIKA EPSON TELAH DINASIHATKAN DENGAN KEMUNGKINAN BAGI KEROSAKAN TERSEBUT, ATAU UNTUK SEBARANG TUNTUTAN DARI MANA-MANA PIHAK KETIGA. Walaupun begitu, beberapa negeri atau kawasan tidak membenarkan pengecualian atau pengehadan bagi kerosakan sampingan, akibat atau kerosakan khas, oleh itu had di atas mungkin tidak tertakluk kepada anda.
6. Pembatalan. Tanpa prejudis kepada sebarang hak EPSON yang lain, Perjanjian ini secara automatik dibatalkan pada kegagalan anda untuk mematuhi terma ini. Anda juga boleh membatalkan Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan mengeluarkan dan menghapuskan Perisian dan semua salinannya.
7. Sekatan Eksport. Anda bersetuju untuk tidak memindah, mengeksport atau mengeksport semula Perisian dan sebarang data atau maklumat yang anda dapatkan dari EPSON atau mengguna Perisian tanpa lesen yang betul dalam undang-undang, sekatan dan kawalan Jepun, atau undang-undang kawasan di mana Perisian ini didapatkan.
8. Undang-undang Penguasaan dan Peruntukan Am. Perjanjian ini akan dikuasakan dan ditafsirkan di bawah undang-undang Jepun tanpa perhatian kepada peraturan percanggahan undang-undang. Pihak-pihak dengan ini bersetuju untuk berserah kepada bidangkuasa tidak eksklusif mahkamah-mahkamah Jepun. Perjanjian ini adalah keseluruhan perjanjian antara pihak yang berkenaan dengan Perisian, dan mengatasi sebarang pesanan belian, komunikasi, iklan, atau perwakilan berkaitan Perisian. Perjanjian ini akan terikat pada, dan menyebabkan faedah kepada, pihak–pihak di sini dan pewaris masing-masing, petugas dan perwakilan undang-undang. Jika mana-mana peruntukan di sini didapati adalah tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dilaksanakan, ia tidak akan mempengaruh keesahan penimbangan Perjanjian ini, yang akan tetap sah dan bolek dilaksanakan menurut terma-terma nya. Perjanjian ini hanya boleh diubah secara tulisan yang ditandatangani oleh pegawai berkuasa EPSON.
9. Pengguna Akhir Kerajaan A.S. Jika anda mendapatkan Perisian bagi pihak sebarang unit atau agensi Kerajaan Amerika Syarikat, peruntukan berikut adalah tertakluk. Kerajaan bersetuju:
(i) jika Perisian yang dibekalkan kepada Jabatan Pertahanan (DoD), Perisian diklasifikasikan sebagai “Perisian Komputer Komersial” dan Kerajaan menerima hanya “hak terhad” dalam Perisian dan dokumentasinya seperti terma yang ditentukan dalam Klausa 252.227-7013(c)(1) bagi DFARS; dan (ii) jika Perisian dibekalkan kepada sebarang unit atau agensi bagi kerajaan Amerika Syarikat selain DoD, hak Kerajaan dalam Perisian dan dokumentasinya akan ditentukan seperti dalam Klausa 52.227-19(c)(2) bagi FAR atau, dalam kes NASA, dalam Klausa 18-52.227-86(d) tambahan FAR NASA.
10. Sambungan Internet. Perisian mungkin mempunyai keupayaan untuk menyambung kepada Internet untuk memindahkan data dan/atau maklumat kepada dan dari komputer anda berkenaan peralatan EPSON dan/atau perisian yang anda gunakan ("Produk EPSON"), termasuk tetapi tidak terhad kepada, maklumat model Produk EPSON, di negara tempat tinggal anda, keadaan Produk EPSON, dll. EPSON boleh mengubah item bagi data dan/atau maklumat tersebut tanpa kebenaran anda terdahulu. EPSON tidak akan mengutip maklumat pengenalpastian peribadi tanpa kebenaran anda. Walau bagaimanapun, EPSON, mungkin menggunakan maklumat yang bukan bersifat peribadi untuk tujuan statistik untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kami sediakan kepada pengguna kami. Jika anda bersetuju untuk memasangkan Perisian ini, sebarang pemindahan kepada atau dari Internet akan mengikut Dasar Privasi terkini EPSON yang disediakan dalam tapak Internet EPSON.
EPSON EULA NW 03/01/2007